asas utama penyejukbekuan
Compressor
Compressor terletak dibahagian belakang peti sejuk, di bahagian lantai. Kadangkala, ia dipanggil motor. Fungsinya, ia akan memampatkan gas terlebih dahulu sebelum menendang keluar gas ke condenser melalui copper pipe. Compressor akan berasa panas pada badannya ketika ia bekerja. Oleh kerana itu, kita digalakkan untuk memberi ruang atau jarak di antara dinding dan belakang peti sejuk supaya udara dapat menyejukkan compressor.
Condenser
Condenser adalah laluan gas yang melingkar seperti ular. Kita dapat melihat condenser di bahagian belakang peti sejuk yang lama tetapi tidak pada peti sejuk yang baru. Ini kerana condenser pada peti sejuk yang baru telah ditutup di bahagian belakang peti sejuk. Condenser akan membebaskan haba panas dari dalam peti sejuk.
Expansion valve
Expansion valve pada peti sejuk dikenali juga sebagai capillary tube. Ia adalah sejenis kuprum, bergulung-gulung dan diameter laluan gasnya adalah sangat kecil. Dari condenser, gas akan melalui penapis atau strainer sebelum masuk ke dalam capillary tube. Dari capillary tube, gas akan terus ke evaporator dan menghasilkan ais.
evaporator
Bentuk evaporator seakan sama dengan condenser akan tetapi ianya berlainan fungsi. Gas yg melalui capillary tube tadi akan dirembeskan ke dalam evaporator dan seterusnya akan menghasilkan ais di sepanjang laluannnya sebelum gas tersebut kembali ke dalam compressor. Apabila berlakunya pembentukkan ais, kipas atau blower akan membawa angin sejuk ke bahagian chiller dan anda boleh menikmati coklat atau makanan sejuk anda dengan enak.